Khamis, 17 Ogos 2017


Jom sama-sama follow dan like page Institut Oseanografi dan Sekitaran - INOS UMT
https://www.facebook.com/inosumt/?fref=ts
Diari Galeri Penyelidikan INOS
17 Ogos 2017 
Pengunjung Sesi 2-4.30pm 
#PameranIkanLutsinar











17 Ogos 2017
Antara pengunjung Galeri Penyelidikan INOS sesi 9am - 12pm





Artikel Akhbar KOSMO! Online berkenaan Pameran Ikan Lut Sinar.

Dua pelajar UMT melihat ikan lut sinar yang dipamerkan di universiti tersebut hari ini.

KUALA NERUS - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini dengan kerjasama Muzium Biologi Laut dan Akuarium Nasional (NMMBA) Taiwan menganjurkan Pameran Ikan Lut Sinar yang julung kali diadakan di negara ini.
Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokthar berkata, pameran hampir 1,000 ikan lut sinar yang dibawa khas dari Taiwan tersebut terbuka kepada umum selama empat bulan mulai esok sehingga November depan dari pukul 9 pagi hingga 4.30 petang setiap hari kecuali cuti umum.
Beliau berkata, pengunjung akan menerima kad lut sinar bersaiz 8.5 sentimeter untuk kenangan.
"Pameran ikan lut sinar ini bertujuan untuk lebih mendekatkan masyarakat dengan bidang biologi menerusi pendekatan pendidikan dan penghayatan seni memandangkan cirinya yang menarik dan cantik.
"Penghasilan ikan lut sinar menerusi proses pengawetan penting untuk pengecaman spesies dan taksonomi ikan, mengenali sejarah evolusi kumpulan ikan dan mengkaji hubungan di antara setiap pengkelasan jenis ikan," katanya kepada pemberita di INOS, UMT di sini hari ini.
Majlis perasmian pameran yang disempurnakan Penasihat Sains Perdana Menteri, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid berkenaan turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan, Dr. Tsai Ching-Hwa dan Pengurus Besar NMMBA, Dr. Chen Chii-Shiarng. - K! ONLINE

Pameran Ikan Lut Sinar di UMT



Artikel Akhbar Utusan Online berkenaan Pameran Ikan Lut Sinar.
http://www.utusan.com.my/…/video-pameran-ikan-lut-sinar-di-…

KUALA TERENGGANU 16 Ogos - Universiti Malaysia Terengganu (UMT) di sini dengan kerjasama Muzium Biologi Laut dan Akuarium Nasional (NMMBA) Taiwan menganjurkan Pameran Ikan Lut Sinar yang julung kali diadakan di negara ini.

Pameran hampir 1,000 ikan lut sinar yang dibawa khas dari Taiwan  terbuka terbuka kepada umum  selama empat bulan mulai hari ini sehingga November depan dengan bayaran masuk RM3 bagi setiap pengunjung.
Naib Canselor UMT, Prof. Datuk Dr. Nor Aieni Mokthar berkata,  pameran secara besar-besaran yang diadakan di Galeri Institut Oseanografi dan Sekitaran  (INOS) merupakan yang ketiga pernah dianjurkan selepas Taiwan dan Jepun.
"Inisiatif ini bertujuan untuk lebih mendekatkan masyarakat dengan bidang biologi menerusi pendidikan dan penghayatan seni memandangkan ciri uniknya yang cukup menarik dan cantik.
"Penghasilan ikan lut sinar menerusi proses pengawetan penting untuk pengecaman spesies dan taksonomi, mengenali sejarah evolusi kumpulan ikan dan mengkaji hubungan di antara setiap pengkelasan jenisnya," katanya kepada pemberita di INOS, UMT di sini hari ini.
 Perasmian disempurnakan Penasihat Sains Perdana Menteri, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Zakri Abdul Hamid, dan turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan, Dr. Tsai Ching-Hwa serta Pengurus Besar NMMBA, Dr. Chen Chii-Shiarng.
Nor Aieni berkata, pameran i tersebut merupakan kesinambungan daripada memorandum persefahaman (MoU) yang telah ditandatangani antara UMT dengan NMMBA dan National Dong Hwa University, Taiwan pada 14 Julai 2015.
Menurut beliau, MoU itu membolehkan UMT menjalankan penyelidikan ikan bersama dua institusi berkenaan selain menempatkan tiga pelajarnya menjalani latihan praktikal di NMMBA setiap tahun.-UTUSAN ONLINE

Artikel Akhbar Berita Harian berkenaan Pameran Ikan Lut Sinar.
https://www.bharian.com.my/berita/pendidikan/2017/08/313203/umt-pamer-1000-ikan-lut-sinar

PROF Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar (tudung merah) mengiringi Penasihat Sains Perdana Menteri, Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid melawat Galeri Pameran Ikan Lut Sinar di Universiti Malaysia Terengganu, Gong Badak, Terengganu.- Foto Aslina Abu

UMT pamer 1,000 ikan lut sinar

KUALA NERUS: Selepas Jepun dan Taiwan, Universiti Malaysia Terengganu (UMT) muncul sebagai tuan rumah Pameran Antarabangsa 'Rahsia Ikan Lut Sinar'.
Sebanyak 1,000 spesis ikan lut sinar dipamerkan kepada orang ramai di Galeri Penyelidikan Institut Oseanografi dan Sekitaran (INOS), Kampus UMT, di sini, bermula hari ini sehingga November depan.
Naib Canselor UMT, Prof Datuk Dr Nor Aieni Mokhtar, berkata ikan lut sinar itu digunakan sebagai satu bahan pameran yang mengandungi elemen pendidikan dan penghayatan seni untuk mendekatkan masyarakat kepada biologi haiwan berkenaan.
Beliau berkata, pameran itu juga bertujuan memberi pendedahan kepada orang ramai mengenai fungsi dan peranan ikan lut sinar.
Katanya, semua spesimen ikan itu dibawa khas dari Taiwan hasil inisiatif UMT melalui Pusat Pengajian Sains Perikanan dan Akuakultur dengan kerjasama Muzium Biologi Laut dan Akuarium Nasional (NMMBA) dan Universiti Dong Hwa Kebangsaan, Taiwan.
"Penghasilan ikan lut sinar penting untuk pengecaman spesies dan taksonomi ikan, mengenali sejarah evolusi kumpulan ikan.
"Pada masa kini, ikan lut sinar digunakan secara meluas di universiti untuk tujuan pendidikan dan penyelidikan, selain mengkaji hubungan di antara setiap pengkelasan ikan," katanya pada majlis perasmian Pameran Antarabangsa 'Rahsia Ikan Lut Sinar' di UMT, di sini, hari ini.
Pameran itu dirasmikan Penasihat Sains Perdana Menteri, Prof Emeritus Tan Sri Dr Zakri Abdul Hamid.
Yang turut hadir, Timbalan Menteri Politik Pendidikan Taiwan, Dr Tsai Ching Hwa dan Ketua Pengarah NMMBA, Dr Chen Chii Shiarng.

16 Ogos 2017 | Rahsia Ikan Lut Sinar
Pameran Antarabangsa di UMT bermula dari 17 Ogos 2017, 9.00 pagi - 4.30 petang di Galeri Penyelidikan Inos, UMT
LIKE https://www.facebook.com/MediaKreatifUMTofficial/ untuk pelbagai koleksi foto aktiviti pelajar, staf dan warga UMT.
#ILoveUMT
#UMT15Tahun
#Sambutan15TahunUMT
#UMTsoaringupwards
#SoaringUpwards













Boleh layari laman web facebook di bawah bagi Video Perasmian Galeri Penyelidikan INOS, UMT oleh YBhg Profesor Emeritus Tan Sri Dr. Zakri bin Abdul Hamid, Penasihat Sains Perdana Menteri Malaysia.
16 Ogos 2017

https://www.facebook.com/inosumt/videos/1813070295650280/


Jom sama-sama follow dan like page Institut Oseanografi dan Sekitaran - INOS UMT https://www.facebook.com/inosumt/?fref=ts