Khamis, 17 Ogos 2017

Satu Pameran Antarabangsa ‘Transparent Fish Secrets’, kerjasama di antara National Museum of Marine Biology and Aquarium (NMMBA), Taiwan dan Universiti Malaysia Terengganu akan diadakan pada 16 Ogos hingga November 2017 bertempat di Galeri Penyelidikan INOS, UMT. Pameran yang julung kali diadakan di Malaysia, akan dihadiri oleh Timbalan Menteri Pendidikan Taiwan serta deligasi dari Taiwan. Majlis perasmian akan diadakan pada 16 Ogos 2017 (Rabu) bertempat di Auditorium INOS, dirasmikan oleh Prof. Emeritus Tan Sri Zakri b. Abd, Hamid, Penasihat Sains Perdana Menteri Malaysia.
Pameran ini dibuka kepada orang ramai bermula 17 Ogos 2017, harga tiket adalah sepertimana berikut;
RM 3.00 - 7 tahun ke atas
RM 1.00 - 4 hingga 6 tahun.
Sebarang pertanyaan berkenaan pameran, sila hubungi Pn. Azwarina (tel : 017-9599152) atau Pn. Nur Fatiha (019-3715157).
Sekian, terima kasih.


Video Persiapan bahagian luar bangunan INOS sempena Pameran Antarabangsa Ikan Lut Sinar di Galeri Penyelidikan INOS.
-4:51
   https://www.facebook.com/ajae7/videos/10159189810220720/

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Jom sama-sama follow dan like page Institut Oseanografi dan Sekitaran - INOS UMT https://www.facebook.com/inosumt/?fref=ts